INTRODUCTION

Kumpulan ini ditubuhkan pada awal tahun 2003 masihi dan kumpulan ini bernaung di bawah Kumpulan Belia Masjid Zainab Kg.Lumut Daerah Belait. Di awal penubuhan ini, keramaian ahli adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada belia-belia yang bermastautin di sekitar Kg.Lumut 1 dan Lumut 2. Belia-belia ini disatukan dan tertubuhlah sebuah Kumpulan Belia Masjid di bawah pimpinan Awg Hj Aminuddin bin Hj Nordin dan dibantu oleh Cikgu Shapery dan Imam Hj Ibrahim bin Hj Dullah. Di awal penubuhan kumpulan ini, Awg Mohd Fuad Hamdi bin Hj Ibrahim dan Awg Abdul Qayyum bin Hj Aminuddin telah diberi mandat sebagai ketua kumpulan dan mereka ini bertindak selaku tulang belakang kepada pengasas kumpulan.

Pada tahun 2004, bilangan ahli kumpulan ini bertambah hasil gabungan Kumpulan Belia Masjid Zainab Lumut dan Kumpulan Belia Masjid Sungai Liang. Gabungan ini telah menghasilkan sebuah kumpulan yang diberi nama ‘Ghayatul Amal’ yang kini telahpun di ubah kepada nama ‘Ghayatul Maram’ sehingga sekarang. Melalui gabungan ini, kumpulan ini telah mampu memantapkan serta mendalami ilmu-ilmu serta kemahiran-kemahiran bertauyseh, Dikir Brunei Asli, Dikir Syarafil Anam Bengkel dan Dikir Daiba’ie. Dengan kemahiran dan kesefahaman yang mantap dan berkesan, kumpulan ini telah mampu memenuhi keperluan-keperluan masyrakat seperti majlis berbedak, majlis bersanding, majlis pindah rumah,mandi berlawat dan sebagainya dengan mengetengahkan seni-seni kerohanian seperti tausyeh, dikir dan lain-lain.

Selain itu, kumpulan ini juga sering diundang bagi membuat persembahan-persembahan di majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi di peringkat negara, daerah, Mukim dan kampong. Selain memeriahkan majlis-majlis keramaian, kumpulan ini juga bergiat aktif dalam menyertai peraduan-peraduan tausyeh, Dikir Brunei Asli, Dikir Syarafil Anam Bengkel dan Lagu Dakwah/Nasyid. Kesemua peraduan-peraduan ini adalah anjuran daripada badan-badan di peringkat negara dan daerah. Dengan adanya pendedahan seperti ini, kumpulan ini telah menjejakkan kaki ke keempat-empat dareah dengan trademark “Budak tarik Kalat” kerana ahlinya semua basar-basar nya imam hj masri Hahahahahahahah….

Selama penubuhannya, kumpulan ini telah dididik dan bentuk oleh YM Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Hashim bin Hj Abdullah Al-Hafiz selaku narasumber yang tidak kendur-kendur mengongsikan kemahiran beliau dalam bidang tausyeh dan Bahasa Arab. YM Imam Hj Ibrahim bin Hj Dullah juga banyak membantu dalam pembentukkan seni-seni murni keIslaman khususnya Dikir Brunei Asli. Beliau bertindak mempelopori kemahiran kumpulan Ghayatul Maram dalam usaha menaiktarafkan status Dikir Brunei Asli di kalangan golongan pendikir. Pegangan beliau cuma satu: “Dikri Brunei Asli adalah khazanah negara yang amat berharga dan harus diterokai dari akar umbi”.

Bermula Ogos 2005, kumpulan Ghayatul Maram secara rasmi dipimpin dan diuruskan oleh YM Hj Mohd Yunos bin Awg Ajak dan kediaman beliau telah menjadi markas bagi kumpulan ini. Beliau juga berfungsi selaku Bendahari dan ‘Focal Point’ bagi kumpulan ini sehingga sekarang. Sementara itu, Imam Hj Ibrahim bin Hj Dullah memainkan peranan selaku Penasihat Kumpulan.

Tiada catatan.
Tiada catatan.